Total Pageviews

Tuesday, September 24, 2013

How do I Revert 1st version

Sekadar perkongsian.

Tetiba pulak rajin nak menulis petang ni. Alhamdulillah :)
Dah lama aku nak kongsikan cerita ni tapi baru sekarang ada kesempatan nak mencoret kat sini.

Tanggal 17 October 2006, bertempat di bilik guru Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis bermula la kehidupan aku sebagai insan baru.

Alhamdulillah aku dipertemukan dengan insan-insan mulia yang memberikan aku kekuatan untuk mencari kebenaran yang hakiki. Di Sebalik keperitan berjauhan dengan keluarga seawal umur 12 tahun memberikan perubahan yang amat bermakna dalam hidupku.

bde7ebf97a8b7bee54c9206f2de5c836_1Ucapan dua kalimah syahadah.
Ya, ucapan yang merubah hidup aku selama-lamanya. Ustazah Noor Hashimah.. Ya, insan yang membimbing aku dengan penuh sabar, yang memberikan aku kekuatan yang tak terhingga di kala aku jatuh, di kala aku hilang pedoman. Ucapan ini telah memberikan aku ketenangan yang tak dapat aku ucapkan dengan kata. Yang tak terungkap di bibir. Siapa sangka kalimah yang pendek, dua kalimah ini memberikan impak yang besar buat insan lemah dan kerdil seperti aku. Kalimah yang menyuluh jalan hidupku, yang mengajar aku erti kehidupan yang sebenar.

Benar. Memang benar aku takut dengan keluargaku.Tapi aku perlukan kekuatan untuk terus hidup. Kekuatan ini membuatkan aku lupa akan perasaan takut terhadap keluargaku.Tambahan pula aku adalah anak harapan keluargaku.
Maafkan anakmu bonda, bukanlah niat aku untuk menyakitkan hatimu. Bukanlah bererti aku akan meninggalkan mu dan membuang kalian kerana kalian tetap keluargaku.
Insan yang paling rapat denganku, iaitu kakak ku tidak mengendahkan aku setelah mengetahui aku memeluk Islam. Yang paling menyedihkan aku, ibu ku menjauhkan diri dari ku.Terlalu sedih melihatnya sedemikan,seperti dia kehilangan aku. Aku terpaksa bersembunyi di tempat lain, buat seketika sehingga keadaan redha dan aku terpaksa kembali ke semenanjung setelah 2 minggu berada di Sarawak, dengan keadaan menjauh dari keluarga kerana penolakan mereka terhadap agama ku yang baru. Ya, di situlah aku perlu mencari kekuatan yang sebenar.





to be continue.......

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang.

Sesungguhnya dugaan Allah sentiasa datang kepada kita untuk menguji keimanan kita. Kita sebagai hamba-Nya terkadang leka dengan dugaan yang Allah turunkan. Kita tak sedar pun dugaan tu datang untuk uji kesabaran kita,untuk uji keimanan kita.Allah nak tengok kita akan mengadu tak kat Dia bila kita susah.Allah tunggu suara hamba-Nya merintih dan merayu kepadaNya.Allah nak kita kembali ke pangkal jalan.Allah nak kita ingat balik asal kejadian kita, bukan merintih, memberontak dengan kesusahan yang datang. Allah sayangkan kita, sebab tu Allah turunkan kesusahan kat kita.

InshaAllah. Allah Maha Mengetahui. 

Aku sabar dengan apa yang menimpaku. InshaAllah, biarpun orang lain tak tau tapi Allah tau. Sentiasa kita bermohon dan bermunajat kepadaNya semoga Allah bimbing kita ke jalan yang benar.
Alhamdulillah aku masih diberikan peluang untuk bernafas, menyedut udaraNya, masih berpeluang untuk berada di depan komputer hari ni, untuk menulis dan berkongsi apa yang aku ada. Kerana kekuatan itu datang dengan perkongsian melalui jalan yang benar. Kita tolong orang, InshaAllah Allah tolong kita. Kita ingatkan orang, InshaAllah Allah akan ingatkan kita.