Total Pageviews

Wednesday, September 2, 2015

Cerita ku Leya Si Pari-Pari



Hi..Assalamualaikum...



Namaku Aliyya Maisarah binti Manja, sekarang berusia 26 tahun, sudah berumahtangga dan mempunyai seorang permata hati, Danish Aidil yang berusia setahun 2 bulan. Hihi.. Permulaan cerita dah macam cerita dongeng kan...
 Aku dilahirkan dalam keluarga besar, yang bertaraf sederhana. Mempunyai 9 orang adik beradik, seramai 6 perempuaan dan 3 lelaki. Seronok jugak lahir dalam keluarga besar ni. Bila semua dah berkumpul, riuh rendah satu rumah. Bapa ku hanya seorang buruh kasar, kerja kampung dengan bantu ibu ku untuk menyara kehidupan kami sekeluarga.


Nak cakap hidup mewah memang tak sekali-kali. Nak beli pape pun semua nak kena kerja sendiri, cari duit sendiri. Nak bertukar baju setahun sekali pun payah.Namun kami bersyukur, kami masih mampu untuk makan nasi walaupun cuma berlaukkan ikan bilis (kadang kepala ikan bilis je) dan berkuahkan air teh (diilhamkan nenek).
Sejak dari kecik dah dilatih untuk cari duit sendiri even kami perlu bekerja keras. Sebabnya parents kami tak mampu untuk penuhi segala permintaan kami. Peritnya kehidupan tak siapa yang tahu. Tapi itu dah jadi sejarah dalam hidup kami.




Syukur alhamdulillah, keputusan UPSR aku cemerlang sehingga melayakkan aku mendapat tawaran Biasiswa Penuh Yayasan Sarawak, tapi aku kena berjauhan dari family. Kena p Perlis untuk sambung sekolah menengah sebab masa tu aku terpilih untuk Program Pertukaran Pelajar Sabah Sarawak dengan Semenanjung Malaysia,program Yayasan Sabah Sarawak. Hati memang berat nak berjauhan dari family, apatah lagi nak p hujung negara plak tu..Tapi mak yakinkan aku untuk terima je tawaran tu. At least ada antara kami yang lebih berjaya.So, aku pun terima la tawaran and mula la sejarah hidup aku berkelana di rantau orang.Kecik-kecik dah merantau..Banyak pengalaman ow..hihi..Tu background aku la..Tapi bukan ini yang aku nak highlightkan. Aku cuma nak cerita kenapa aku join MLM? Korang rasa?Hehehe..

Actually MLM yang aku join ni bukan MLM sembarangan tapi MLM yang berlandaskan syariat Islam inshaAllah.. korang tau tak MLM apa tu..hikhik..Aku dipertemukan dengan MLM Shaklee. Kenapa?Allah tunjukkan aku jalan untuk berkenalan dengan Shaklee.

Apa istimewanya MLM shaklee ni?Walau apa pun ranking kita tapi kalau tak usaha takkan dapat keistimewaan yang Shaklee janjikan. Tapi, walaupun kita ranking di bawah,tapi berusaha sehabis kita tak mustahil kita akan dapat lebih besar bonus berbanding upline kita.Fair kan. Bonus dibayar mengikut usaha kita bukan usaha downline kita. Upline tak usaha,upline ketinggalan. Tu la cerita MLM shaklee.
 Kenapa saya nak menceburkan diri dalam MLM shaklee ni? Sebab, niat saya, saya nak tolong orang yang memerlukan. Nak kongsi kebaikan suplemen shaklee yang terjamin selamat digunakan..
Yela kan, takkan kita ja nak sihat, nak cantik tapi biarkan orang lain menderita penyakit kronik tanpa mengetahui adanya produk terbaik buat mereka. Tu niat utama. Lagi? Of course la saya nak ubah nasib saya dan keluarga saya. Takkan nak hidup dalam kesempitan hidup sampai bila-bila kan? InshaAllah semoga Allah memberkati dan mempermudahkan jalan saya untuk mencapai impian dan cita-cita saya.Amiin..

Ada sapa-sapa ke yang ada impian macam saya dan ingin mengubah hidup anda? Jom kita sama-sama usaha untuk mengubah hidup kita menjadi lebih baik. Kan Allah pernah berfirman "Allah takkan mengubah nasib satu-satu kaum jika kaum itu tidak berusaha untuk mengubah nasib kaum itu sendiri" Kan.. so apa lagi..Bangkitlah..Kita bangun dan berusaha sedaya termampu. Nak ubah hidup? Boleh cari saya ya..

Salam kasih,
 Aliyya Maisarah bt Manja
 SID 1189337
 Whatsapp 013.961.9157
 FB : ALIYYA MYSA













No comments:

Post a Comment